Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Thursday, 23 July 2015

Review ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee sarapan saya

Assalamualaikum,



ESP Shaklee nih minuman harian saya, sejak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Ranau bulan puasa lalu kerana gastrik, saya mula mengambil ESP Shaklee untuk minuman kesihatan saya setiap pagi dan malam.

Review saya sendiri pula, pada hari pertama minum ESP nih kepala saya pening. Bangun esok pagi pening dah hilang, tapi badan lemau semacam.

Hari kedua minum ESP perut dah tak sakit, tapi rasa lapar tuh membuak2 gitu. 😂

Minum lagi ESP waktu malam, oleh kerana semangat nak gastrik tuh hilang sangat tinggi menggunung saya minum dua kali sehari, waktu sahur dan sebelum minum.

Hari ketiga minum ESP, saya mual. Tapi tak muntah, buang angin pun macam tak lepas. Memang sengsara sangat sebab angin dalam perut tak keluar.

Hari keempat, masa nih lah sendawa tak habis2. Dari pagi membawa ke petang asyik sendawa.

Hari kelima, lawas pula sistem pembuangan iolls. Hikhik. Lepas tuh barula angin kat perut nih keluar. Rasa ringan perut nih. Selesa je.

Mula hari keenam badan rasa bertenaga.

Hari ketujuh saya maintain minum dua kali ESP nih.

Hari kelapan baru saya minum setiap pagi sahaja.

Ps wait for skin review for ESP ♥♡

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 July 2015

Shaklee : Special Promotion bulan nih

Assalamualaikum,
Senang cerita, photo kat bawah menerangkan semuanya.

Lagi bagus sebenarnya beli supplemen masa promotion, selain dapat dengan harga yang murah (diskaun 5%), boleh share beli dengan rakan2 dan ahli keluarga.

Macamana?

Buy 4 at 3 salah satu jawapan.
-maksudnya, you beli 4 vitalea for children dengan harga 3 botol vitalea for children. More like, buy 3 free 1.
-jadi, cik jenab, mak temah dan puan joyah boleh Share beli supplemen nih. Dapat lg free 1 botol. Sangat senang kan?
-boleh buat begitu dengan semua vitamin yg ada promosi bulan nih.

Buy 2 discount 5%.
-maksudnya, cik A dan cik B beli Vivix nih share tapi bukan dengan harga full. Diorang dapat diskaun 5%. Beli sekali baru dapat diskaun ya.

Ps: borong ramai2 jomm :D

Thursday, 2 July 2015

VIVIX : Ramadhan & July Promotion

Assalamualaikum,

Berbulan-bulan xmenjenguk blog nih.
Saya ada plan nak buat blog baru tp mengingatkan kesusahan mengumpul follower padam saja feeling tuh hihi. By the way, bulan nih best punya promotion. Awal pagi lagi Nenda Dayang Suhana sudah bagitahu supplemen mana yang promote bulan nih.

Antaranya, VIVIX. Yeahh, para penggemar vivix diluar sana sila tepuk tangan, lompat bintang sambil jerit hooray!!

Enjoy the picture, yang rasa2 nak tanya pasal VIVIX sila whatsapp atau sms. Tak pun chat kat official FB saya. Semua ada dalam picture tuh. Right click then save jika anda guna lappy. Hihi.. kalau guna phone, tekan lama2 picture tuh dan save.

Buat apa nak save?? Supaya senang nak cari saya kalau2 rasa nak beli supplemen Shaklee nih.

Selain VIVIX, ada beberapa lagi vitamin yg promo bulan nih. Sy akan up satu2, samada picture atau kelebihan produk2.

Ps : apa yg best jadi CUSTOMER saya?
        -EKSKLUSIF, saya hanya akan conduct pelanggan saya samada tentang cara pemakanan.
         -PEMANTAUAN, saya pantau customer saya. Tak tiap hari, sy buat seminggu sekali.
         -saya sentiasa free utk customer sy, bila ada yg tanya 'camana nak consume Sustained Released tuh Cik Kak oii', saya tak balas on time, saya balas juga dlm hari yg sama. Atau, keesokannya mengikut jadual kesibukan :D.

So, apa tunggu lagi.. sila jd customer sy.

Friday, 5 December 2014

Macamana nak dapat free?

Assalamualaikum,

Nampak tajuk confirm hati dah tertanya2 kan camna nak dapat free??

Macam entry lepas kan, saya ada cerita pasal twin pack. Sekarang saya nak cerita pasal 6+1 ni.

6+1. Apa ni??

Bila kita beli 6 botol vita c bulan ni dapat pula free 1 sebab konsepnya memang gtu.

Tapi kalau nak makan sorang saya memang suggest twin pack ni. Sebab apa? Sebab dia beli terus dapat diskaun 5% dan kalau dia nak makan untuk setahun punya memang ngam la sangat.

Buat apa pula beli banyak2 vita c ni kan? Bagus convert jadi member terus supaya dapat murah ni (BERMINAT BOLEH PM SAYA. BOLEH TENGOK SID POSTER SAYA UTK CARA BOLEH HUBUNGI SAYA.)

Iklan jap atas tu. Haha

Okey, saya ada idea camana nak dapat free ni.

Katakan c Ali nak beli vita c tapi tak nak beli yg promo twin pack tu. Tp dia tetap nak beli supaya dapat free juga. Si Ali pun ajak lah si Chong, siti, Aminah, Dayang dan Raju beli promo buy 6 free 1 ni.

Jadi secara tak langsung diorang dah dapat satu free vita c tu.

Macam subjek matematik pula. Haha

Ataupun kita boleh ajak ahli keluarga beli vita c. Sangat menguntungkan. Dengan kebaikan produk, memang berbaloi.

Jadi itu kelebihan 6+1 ni.

Berjumpa lg di entry akan datang.

P/s nak murah jadi la member. Boleh hubungi saya.

Wednesday, 3 December 2014

Twin Pack

Assalamualaikum,

Twin pack. Apa ni?

-Pelanggan tetap Shaklee mesti kenal ni. Hehe

Okey la. Twin pack ni baru juga diperkenalkan. Kalau beli dua, dapat diskaun 5%.

Selalunya, promo buy 6 free 1 kan tapi ramai yg tak mampu. Dah ada promo baru ni jangan cakap tak mampu pula sebab Shaklee ni dah terang-terang nak bantu kita.

Berbalik kepada promosi bulan ni, Shaklee sekali lagi mempromosi Sustained released vita c. Sesiapa yang mempunyai masalah kulit boleh consume vita c ni.

Apa kelebihan kalau customer ambil dua vita c terus?
Sudah tentu lah dapat diskaun 5% dan yang bestnya vita c ni kan untuk 6 bulan jadi bila ambil dua terus dah cover vita c untuk tahun depan punya.

Tak payahlah susah-susah tunggu promosi lg.

Oke, dah faham kan twin pack ni sebenarnya apa?

Yang rasa-rasa nak murah boleh ambil twin pack tapi boleh juga share dengan kawan supaya dapat murah sikit.

P/s cousin saya consume vita c jerawat dah makin kurang.

SabtuDAY punya rutin

Assalamualaikum,
Hari nih cuti so demam berpanjangan dibawa bersama kerumah ibu bapa pulak.
Ha'ah. Sejak 29 lepas, sy tiba2 sakit. Nak cakap demam xpula. Selesema pun xjuga. Tp bdn ni lemah sampai pengsan2 gitu. So, majikan suruh rehat.
Jd, hari ni hari sabtu. Lepas subuh, berwassap dengan kawan2. Customer to be yg tanya pasal Shaklee.
Then mandi and breakfast seadanya saja.
Sebelum makan nasi, selalu saya wajib habiskan segelas panjang air suam. Baik untuk jantung uolls.
Selepas tuh, berehat dlm 30 minit. Baru minum minuman manis & makan apa2 untuk alas perut. Kadang2 minum milo saja. Makan kuih apa2 sj yg mak beli dari kedai2 berhampiran. Wow dah mcm iklan haha
Lepas tuh berehat kejap. Kalau lapar saya makan awal. Tapi selalunya sy tunggu hingga lunch baru makan.
Masa cuti gini sy banyak mengemas apa2 yg patut.
Tapi, memandangkan saya tak sihat jd mak suruh rehat. Jadi harini sy mencuci kain. Alaa, guna mesin basuh jee.
Petangnya saya mandi, then sy berehat. Lepas isyak baru berhabis baca komik.
Fuyoohh!!
Sekarang jam 11:53pm, sy baru siap kemas bilik. Haha
Apa pun nanti sy update lg rutin2 sy.

P/s buat design sendiri minta jahit baju tuh. Tak tahu dapat atau tak..

P/s sabtu bulan lepas punya cerita. Haha

Tuesday, 2 December 2014

Poster SHAKLEE Indipendent Distributor

Assalamualaikum,

Bulan-bulan lalu yang agak sibuk tuh akhirnya berakhir. Sekarang ni, jd WAHM lagi.

WAHM. Apa tu?

Work At Home Mom. Dah jelas kan saya nih mommy kepada sepasang anak-anak riang. Hehee

Jadi, bulan lalu saya tak berapa nak aktif dalam Shaklee ni sebab macam-macam masalah kan. Bulan Disember ni jadi titik permulaan semula kepada saya.

So, saya harap saya akan dapat tumpukan perhatian kepada Shaklee ni semula.

Bukannya susah pun, cuma kena rajin la. Kena korbankan masa dan tenaga ja. Tenaga tu bila-bila boleh 'charge' balik. Masa tuh yang berharga nak kena urus betul-betul. Bukannya belanja duit ribu-ribu pun. Nama pun dropship kan.

Tapi terpulang pada individu yang berminat. Kalau ada modal beli terus pastu jual, kalau tak pun buat cam saya.

Okey la, kat bawah ada poster SID (Shaklee Indipendent Distributor) yang master Aya suruh buat tadi. Nak tolong up katanya.

Dapat subjek nak update blog pula, oke. Enjoyla kehijauan poster iolls k.

P/s demam pulak!

Saturday, 8 November 2014

Kuantiti dan kualiti makanan

Assalamualaikum,
Sy baru sj lps mkn epal hijau. Apa kejadah mkn epal hijau, badan dah kurus macam entah apa dah nak makan pula epal hijau. Tambah ramping kau joyah!

Sebelum hari saya pengsan tuh, sy sedar bila makan saja saya mesti makan sepinggan penuh nasi. Penuh disini saya maksudkan penuh sepenuh penuhnya. Sangat penuh menggunung, tambah lauk dan sayur lagi memang dah sangat penuh!

Tapi dengan sekali harung saja saya mampu habiskan. Yang buat kawan sekerja hairan bila mana saya nih tak pandai jugak membesar, tang tu jugak saiz. Masih saiz S. Sentiasa. Takut tuh muncul bila orang yg tinggi metabolisme macam saya nih makan apa pun tak besar nanti jd penyakit pulak kalau makan tak tengok apa yg dimakan.

Contoh macam protein makan berapa, karbohidrat pula camana, sayuran pulak camana, lemak camana lg. Memang menakutkan.

So sekarang, sy kurangkan makan makanan yg kurang menyihatkan. Yg sy lebihkan, makan buah, sayuran dan minum air putih. Sehari saya wajib menghabiskan 3 liter air putih sahaja. Tak termasuk air sirap merah atau jus oren. Ehem!

Kalau waktu malam saya biasa makan keropok atau manisan seperti kek dan kopi, saya gantikan pula dengan buah. Kalau tak pun, saya minum milo atau nestum. Kemudian sebelum tidur saya mesti habiskan segelas panjang air suam.

Bukanlah saya langsung tak minum minuman macam kopi tapi boleh dikira dengan jari berapa kali sy minum kopi dalam sebulan.

Oh, ya. Saya juga kurang memakan maggi atau apa2 jenis mi segera sekarang. Apa-apa jenis minuman 3 in 1 jugak saya hindari sebab saya tau minuman tuh tinggi kandungan gula. Minuman dalam tin, dalam kotak termasuk Soya sekalipun saya jauhi. Sebab benda alah ni lah saya rasa lain macam. Lembik semacam, lemau semacam. Haha

Apa pun, kuantiti makanan berkualiti saya lebihkan tapi kuantiti makanan tak berkualiti saya cuba untuk jadikan ia sifar.

P/s dah gentua (tua) gini kena jaga kesihatan.

Wednesday, 15 October 2014

Real Life

Assalamualaikum,
Sebenar benar benar yang benarnya, bila masa sakit tuh datang. Rasa sedih yg sudah terover, semangat pun hampir hilang.
Seriously. Sangat. Sakit.
Apa lg bila yg menyakiti tuh orang yg rapat dengan kita.
Selama beberapa bulan kebelakangan ini dan harap tamat saat nih jugak, rasa sakit tuh makin over pulak.
Perkataan "adoyaii" dan "huk aloh" pun dah hilang makna sekejap. Apa yg sy merepek nih??
Namun begitu daripada walaubagaimanapun..  (sekali lg merepek) serius sakit di hati ini.
Tak ingin rasanya jasadku menanggung penderitaan and kesakitan yg datang sekejap nih.
Aduii, kalau saya luahkan mati bapa tp bukan bapa sy and kalau disimpan, mati mak pulak. Harap maklum jugak bukan mak saya.
By the way, saya sakit sangat.
Sembelits, why you pick me???

P/s sakit hati yg xdiluah lg sakit daripada sembelit. Sebab nak luah camana pun dia tetap disitu.

P/s (lagi) tajuk dah macam menyimpang ke highway nun..

Tuesday, 14 October 2014

The rainbow

Assalamualaikum,
Yep. Rainbow yg kita duk tunggu lepas hari hujan tuh pun hampir muncul. Biasalah, kesenangan takkan datang dgn tiadanya kesusahan.
Jumaat nih pesta kobis, so. Sy dgn senang hatinya akan post pasal pesta kubis nih. Yg tajin tuh datang la k.

P/s rindu pulak nak melukis

Monday, 6 October 2014

Tak Dapat Tidur

Assalamualaikum,
     Sekarang jam dah tunjuk 3.25 am tepat2!!
     Saya masih xdapat tidur. Hohhh
     Nih semua kejadian rompakan melibatkan kematian tu la yg buat saya xdapat tidur. Huhuhu.. doakan kami selamat..
     Oke, gambar tak ada kena mengena dengan post haha

Sunday, 28 September 2014

Its when we cry for other happiness

Assalamualaikum,
its all over now. yes, all of u were lucky to have that great rich paents that can give u anything u want then.
but as for us, we really didnt care even we wore an ugly, cheap and old dress that we bought from Tamu. its because we have that loving heart, thinking about never mind that we wore that ugly clothes as long as we have something to wear and hoping the our parents have more to spent for our younger siblings. its us. me and my cousin.
     when u walk our path u'll hoping that u wont stand there on our place, not wearing our shoes. really. u may say its a nightmare if u stay connected to us, but when we think of it. we cheer happily. we survive that moment that u blame us for wearing that torn shirt. ugly pants. old shoes.
     u might say that we have unresponsible ancestor, but u would never knew how your ancestor take our piece of land where my ancestor little piece of heart lying.
     u talk to us soft, but u heart laughing to death because of us. but now, really its all over. why?
     THINK BY YOURSELF!

Friday, 26 September 2014

Memang sudah sangat lama

Assalamualaikum,
setelah berbulan-bulan membiarkan blog ini berhabuk begitu saja, akhirnya saya mengambil keputusan utk mengupdate walau satu atau dua post malam ini. Bukannya selalu kan.
     First of all, saya nak cerita serba sedikit tentang hidup baru saya. Kalau dulu saya penganggur tegar, tapi bermula bulan Ogos lalu saya sudah mula bekerja.
     Tapi dengan cerita yg agak berbelit jadi susah sikit nak jelaskan. Kalau nak buat novel pun boleh kot. Apa lagi kalau nak buat drama bersiri. Tapi takkan laku punyalah. Haha
     welll, saya rasa yang diri saya agak comel kebelakangan ini (muntah sikit plisss) kerana saya dah mula membiasakan diri utk memakai wangi-wangian sebelum tidur. So, pilihan utama saya adalah Lilan Vital.
     Memang sangat wangi so bila tidur tuh dia mempengaruhi juga mimpi saya, so asyik mimpi benda-benda cute saja. hewhew
     Nak buat review pun malas. Nanti sajalah buat.. hehe.

Friday, 28 February 2014

Kesalahan atau disengajakan?

Assalamualaikum.

Pernah tengok iklan Osman Baku?
Tak taulah Osman Baku tuh Drama TV atau bukan tapi iklan dia cukup best.
Osman Baku nih adalah salah satu alternatif lain untuk kita memperbetulkan sebutan, penggunaan perkataan atau ayat, Bahasa dan sebagainya. skema sikit

saya tak pernah lagi menonton drama Osman Baku nih (kalau drama) sebab adik-adik dan anak-anak sentiasa menonton rancangan kartun.

bila mama dan bapa menguasai 'remote' channel tak lain tak bukan, kalau bukan cerita Hindustan, cerita jiwang karat, berubah sikit kat Discovery Channel.

bila suami ada sama, confirm cerita tembak-tembak, polis-polis, action atau Discovery Channel jadi pilihan.

cerita Korea akan mengambil alih skrin pula bila 'Angah' (adik lelaki) pulang bercuti. Gentleman Dignity atau sewaktu dengannya akan menjadi makanan mata dan mempengaruhi kisah hidupnya sendiri. Walaweh!

berbalik kepada Osman Baku, saya perasan satu peribahasa nih yang menjadi sebutan dalam hidup seharian sesetengah manusia.

BAGAI MELEPAS BATUK DITANGGA
-pemahaman saya, alaa batuk-batuk kat tangga pastu ada kahak ludah kat tanah. Gatal tekak pastu batuk lagi kat tangga.
-ibarat mengerjakan sebuah kerja dan kerja itu hanya separuh yang dilaksanakan. maksudnya tak habis kerja tuh dah duduk melangut kat tepi tangga main Candy Crush, duduk kat tepi perigi sambil ushar awek cute sebelah rumah dsbg. macam baik je guna dsbg. kahkah
-yang saya heran, macamana BATUK boleh dikaitkan dengan KERJA?

selepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
BAGAI MELEPAS BATOK DITANGGA
-pemahaman saya, aaa?? apa batok tuh? bukan batuk ke? Osman Baku dah tak terer eh?? nak kena lepuk kat Osman Baku. kahkah
-maksudnya samalah jugak macam kat atas. tapi apa batok ni? takkan orang dedulu panggil batuk ni batok? alangkah tak cutenya bila saya akan berkata 'saya terbatok darah'. rupanya BATOK nih sejenis alat penyukat beras dari tempurung kelapa (bukan kepala)  yang digunakan oleh orang zaman dahulu memasukkan beras kedalam tempayan atau bekasnya, tapi bila dah bosan melakukan kerja yang siapnya lambat sangat sebab nak gi dating cepat-cepat dengan Abu maka Siti pun meletakkan BATOK berkenaan dekat tangga. melambangkan, si dak siti tuh konon-konon buat kerja separuh jalan dan hangat-hangat taik ayam.

..lagi satu..

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, well pagar tuh kan letak kat keliling sawah pastu lembu langgar ramai-ramai dia jatuh kat atas padi tuh sebab alaa mana logik pagar makan padi?
-harapkan si bapak yang diharap melindungi anak perempuannya, dia pula yang 'pok silap' alias ambil kesempatan. macam nak karate je bapak makan anak nih, sama kes dengan haruan telan anak idup-idup. apa ke gila bernafsu kat anak sendiri.

lepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, pegar? apa tuh? lagilah tak sweet. 'bapak iolls buat PEGAR pancang'.
-maksudnya samalah macam kat atas tapi maksud PEGAR nih sebenarnya ialah sejenis burung yang seakan-akan ayam yang ditugaskan hekhek menjaga padi kat sawah. tapi, instead of si encik pegar jaga padi tuh, dia gi makan plak padi tuh. barulah make sense kan?? haha

jadi tertanya-tanya, bagaimana perkataan-perkataan nih berubah sebegitu jauh dari yang asal sebab maksudnya saja dah berbeza. cara sebutan hampir sama.

apapun, TQ Osman Baku. agak-agak kalau Osman Baku baca nih dia stress tak??

p/s berbelanjalah mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu semata. JAUHI HUTANG.

Sunday, 9 February 2014

Jangan Bersedih

Assalamualaikum

Jangan bersedih. Allah sentiasa bersamamu. Allah sentiasa ada untukmu. Tak kira siapa anda, dimana anda berada, Allah sentiasa ada untukmu.

p/s saja je kot nak buat entry pendek-pendek sebab selalu buat entry panjang berjela-jela. By the way, jangan bersedih.

Handmade Friendship Bracelet



Assalamualaikum

Talking bout friendship. Okey, beberapa minggu yang lalu saya ada membeli benang kait, riben dan mix embelishment.

so, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim sebab dah bertahun tak buat knitting nih mula mengait benang tuh.

unfortunately, dia tak jadi. Entah apa liatnya benang tu tak jadi macam yang saya inginkan.

Lepas tu dengan sedikit rasa geram sebab mensia-siakan ilmu yang dipelajari selama beberapa hari dari makcik saya merangkap kakak mak saya, saya buat cara lama.

saya kait silang dengan hanya menggunakan tangan dengan menggabungkan beberapa jenis warna dan VOILA! hasilnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ini sudah selamat di packing. Adik perempuan saya yang belajar di darjah lima tunjukkan homemade bracelet saya pada kawan-kawan dia dan mereka siap order. harga sebenar RM 3.80 tapi setelah di ubahsuai sedikit supaya bebudak tuh tak payah bayar harga mahal maka saya jual dengan hanya 50 sen. baiknye kitee an an?? ^^

yang nih pun 50 sen. purple plus black.

sama. banyak lagi kaler lain yang saya belum sempat masukkan. Akan di upload bila ada kesenggangan.

Adik saya ada tanya, kakak kenapa nak bagi harga murah??

firstly, saya tak letak cangkuk gelang yang harganya 10 biji RM 7.50
secondly, Benang dia lembut.
third, takkan nak bagi harga mahal pada budak-budak.

p/s bisneswumen sejak kecil. :3



Saturday, 8 February 2014

Throwback Moment

Assalamualaikum


Gila series panas hati bila hanya kau dan bestie kau yang ada sense of humour kat kelas.
betul-betul panas hati menggelegak bila bestie tak datang sekolah dan kau nak sangat ketawa bila ada something yang lawak berlaku.
tapi rasa gelihati, rasa nak ketawa tuh terus hilang bila bestie kau takda.
Annoying moment.

by the way, Emick la geng saya ketawa terbahak-bahak kat kelas bila momento tu tiba.

p/s 'roughly' ada kisah yang tersendiri dimana hanya saya dan Emick yang tahu.


Friday, 7 February 2014

Recharge

Assalamualaikum

Sedikit motivasi pagi untuk kita.

Serius.
Selama saya hidup di dunia yang sementara nih, macam-macam dah saya lalui. Saya dah pernah dikejar anjing hingga selamat landing dalam parit. saya dah pernah diserang oleh monyet peliharaan sorang pakcik nih. saya dah pernah dirotan oleh arwah atuk sebelah mak kerana ke rumah kawan dari pagi membawak ke petang. Saya dah pernah gagal teruk kat sekolah hingga Ustazah yang mengajar Bahasa Arab mendenda saya dengan cara menyuruh saya berdiri hingga habis waktu bahasa Arab. Dah pernah dimalukan, dah pernah dipulau, dah pernah diejek dengan teruk, dah pernah dibuli hingga masuk hospital gara-gara trauma dan tak turun makan kat hostel. dah pernah sakit hati kerana bercinta hingga nak berak pun tak mampu (ambik kau! kahkah). dah pernah bergaduh dengan bestie sendiri hingga asyik menangis siang malam. apa lagi?? macam-macam lah.

paling saya tak boleh lupa bila nak ke sekolah duit tak ada. sedihnya bila melihat rakan-rakan makan sedap time rehat (jahat korang!)

tapi oleh kerana zaman persekolahan kami (batch 92 tahun 1999-2004 SK Kundasang Ranau) guru-gurunya sporting malah memberi semangat pada kitorang buat bisnes kat sekolah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

bisnes apa yang tak pernah iolls buat? say it. -..-

saya pernah bisnes jambu, bisnes buah kuning yang kami panggil LAKWAT, and my husband called it JAGUS. apapun namanya, buah tuh memang sedap. bisnes benang kait yang biasa orang kait jadi jaket tuh saya jadikan gelang. bisnes pelekat free dari chewing gum. kilang bagi free, weolls jual balik (ngehngeh). hebat kan iolls??

kahkah. alaa, tipulah budak-budak sezaman saya tak pernah buat benda-benda kat atas. paling tak pun, mandi sungai. tapi Kundasang mana ada sungai, adapun bukannya selamat sangat. jadi sungai kitorang transformed to Kolam je la. sekali saja saya pernah mandi kolam time budak-budak sebab teruk di rotan oleh mak yang memang ganas.

tapi budak-budak kan.

benda yang paling saya tak lupa. Bapa saya kerja kat Resort yang sekarang dah runtuh and renovate balik, Zen Garden. jadi, nak dijadikan cerita Lady Boss Resort tuh yang selesa dipanggil Mrs (entah apa2 je selesa dipanggil Mrs, jangan2 dia meluat tahap mangkuk tak.) panggil bapa saya dan memberikan komik-komik anaknya yang sudah dewasa time tuh. kebanyakan komiknya yang rare kat Malaysia nih. Archie Digest Magazine, Casper, Richie Rich, Betty and Veronica, sabrina the teenage witch, jughead.. dan macam-macam lagi yang kebanyakannya memang susah nak dapat kat Malaysia.

yang lain tuh macam komik Doraemon, Dragon Ball, Shin Chan, Slam Dunk, apa lagi tu aa. banyak lah, Dua kotak komik tuh dan kebanyakannya hangus dibakar oleh arwah atuk yang geram kerana result kat sekolah drop. yang tinggal hanya sedikit buah buku yang banyak diambil oleh kawan-kawan dan dijadikan hak milik sendiri hingga hampir tiap hari saya pergi minta pun tak dipedulikan, malah dia tipu lagi saya komik doraemon tuh kononnya kawan dia yang sekolah kat Pei Wen punya padahal nama Chong Jiun Feei tuh nama anak bos bapa saya. Penipu. I hate u. LOL.

pastuh, komik yang tinggal tuh terabai sebab saya masuk sekolah menengah dan pelajaran pun lebih mencabar. Akhirnya tiada satu pun komik tuh tinggal setelah dicuri oleh manusia-manusia spesis panjang tangan. Punah sudah angan-angan nak buat comics Library. kahkah

Well, biarpun begitu, walaupun sakit hati, frust menonggeng sebab komik tuh hilang begitu saja padahal komik-komik English tuhla yang banyak buat iolls terer BI (kahkahkah), tapi seriously saya belajar BI dari dua cara, adik-adik yang tak mampu nak ikut cara ahkak sewels nih jangan ikut yer, saya study BI dgn cara mendengar lagu-lagu BI dan membaca buku-buku English tak kiralah komik atau apa, yang penting menarik perhatian saya. hahaha

melalut pula entry kali nih. tak apalah. kehkeh

jadi, back to the point. ada isi jugaklah kata-kata I kat atas tuh. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hanya orang yang kenal saya sahaja sebenarnya yang tahu tentang saya. Lagipun Komik tuh boleh cari kat mana-mana, dan apa yang jadi semua jadikan pengalaman. yang buruk dibuang, yang jernih diambil. Dan Alhamdulillah, saya masih mampu menempuh cabaran yang Allah beri pada saya.

p/s Recharge semangat  :3

Girlfriends ^^



Assalamualaikum
Hari isnin lepas dalam minggu ni jugak, saya dan satu-satunya cousin paling sporting Fiddunya Wal Akhirat saya ke Klinik Kundasang Ranau. Kami kesana bukan seperti yang dirancang. Pada mulanya, kami hanya mahu ke Hospital Ranau. Tapi, oleh kerana tersilap percaturan -_-'' kami hanya ke Klinik Kundasang sahaja.


pemandangan awal pagi diluar kawasan rumah bapa iolls. Kampung sangat. sangat nostalgia..

me and my cuzzy Pipa. sportingnya yang amat! oh my awning...


sorry cuzzy, wajahmu tak kelihatan. tadi cakap berdua kan. well, on the way ke Pekan Kundasang adalah member sekampung yang bekerja di Pekan jalan sama dengan kami. Hanne Zanna Dya. Kami panggil Nadia. Family dia panggil Hanijana.

pemandangan Gunung Kinabalu di awal pagi, sebelum jam lapan pagi. masa tu, sejuknya hingga ke tulang!

oke, snap curi. in other words, candid. masa ni dia baru lepas breakfast. tapi oleh kerana kami dah membeli dan juga membelah makanan-makanan kecintaan hati, maka kami hanya minum sahaja di gerai sorang pakcik. Biarpun gerainya gerai kecik, tapi keadaannya bersih. malah layanannya tip top. taukenya pun peramah. double thumbs up pakcik.

Apa kejadahnya diriku mengkandid mulut Nadia ni?? Miang sungguh diriku -_-''

makanan yang disediakan kat meja gerai tu taklah buat iolls terliur, bukan chicken chop, bukan American Breakfast, jauh sekali Cheese cake tapi oleh kerana layanan pakcik yang peramah giler, kuih nih telah selamat dimakan oleh Pipa. Mungkin dah siap dihadam, atau telah selamat dibuang. ngeh ngeh


Emick, Gul dan Pipa. Alaa, pemastautin tetap Pekan Kundasang mesti kenal sangat dengan background nih. Gul dah tak menyempat nak bergambar, jadi dengan terhegeh-hegehnya iolls snap photo mereka walaupun kelihatan skema dan background yang lawak dan sadis :)

Pipah, me & Emick. caption nak berita harian sangat kan??? Nice :)
oke, lakonan semata-mata sehidung-hidung dan semulut-mulut. Gul atau nama sebenar Julizah kononnya buat-buat entah apa, entah petik bunga atau nak acah ikan mati dalam kolam tuh sambil teriak kat iolls suruh snap picture dia. jangan marah Gul.

Actually, manusia nilah orang yang paling aku rindu selain bestie aku kat Sarawak tuh Kea. Emick study kat Kelantan. tapi balik bercuti, jadi bila terserempak kat pekan sama-sama meroyan sebab dah lama tak jumpa. well, aku je kot yang meroyan gila sampai terlompat-lompat bila nampak Emick kat depan mata.

my bestie, my cousin. i love u both :)

So, rancangan rapi saya dan Pipa ke Pekan Ranau, bertukar secara tak sengaja ke Pekan Kundasang secara tak sengaja pulak terserempak dua ketul manusia yang jugak Super Spontan.

Kejap aku, kejap saya, kejap iolls. lantaklah, dah excited sangat kan.

Harapannya, bila korang dalam picture tuh baca blog saya nih, bila baca entry nih. jangan marah saya masukkan gambar comel korang tuh. hehehe

lagi satu, harap-harap persahabatan kita akan berkekalan hingga ke Jannah. I LOVE U ALL.

p/s  rumour H1N1 buat iolls ingat kat Family yang berada di perantauan. May Allah Bless them all.. AMIN.

























Monday, 16 December 2013

Last Giveaway IN 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum,

 Last Giveaway By Ain Rahman Blogs

nak join klik banner

Join Giveaway lagi, apa salahnya join banyak2 kan? manatahu, tiba2 ada jugak yg sangkut.
hahaha.. oke, iklan tuh tiga2 saya sedang explore.
group tuh dah join tapi belum kena accept.
semua fanpage yg perlu di like, pun dah like..
blog2 tuh, pelan2 follow.
lagipun tarikh tutup pada 28 Disember 2013.

jadi.. saya join :)