Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Wednesday, 3 December 2014

Twin Pack

Assalamualaikum,

Twin pack. Apa ni?

-Pelanggan tetap Shaklee mesti kenal ni. Hehe

Okey la. Twin pack ni baru juga diperkenalkan. Kalau beli dua, dapat diskaun 5%.

Selalunya, promo buy 6 free 1 kan tapi ramai yg tak mampu. Dah ada promo baru ni jangan cakap tak mampu pula sebab Shaklee ni dah terang-terang nak bantu kita.

Berbalik kepada promosi bulan ni, Shaklee sekali lagi mempromosi Sustained released vita c. Sesiapa yang mempunyai masalah kulit boleh consume vita c ni.

Apa kelebihan kalau customer ambil dua vita c terus?
Sudah tentu lah dapat diskaun 5% dan yang bestnya vita c ni kan untuk 6 bulan jadi bila ambil dua terus dah cover vita c untuk tahun depan punya.

Tak payahlah susah-susah tunggu promosi lg.

Oke, dah faham kan twin pack ni sebenarnya apa?

Yang rasa-rasa nak murah boleh ambil twin pack tapi boleh juga share dengan kawan supaya dapat murah sikit.

P/s cousin saya consume vita c jerawat dah makin kurang.

SabtuDAY punya rutin

Assalamualaikum,
Hari nih cuti so demam berpanjangan dibawa bersama kerumah ibu bapa pulak.
Ha'ah. Sejak 29 lepas, sy tiba2 sakit. Nak cakap demam xpula. Selesema pun xjuga. Tp bdn ni lemah sampai pengsan2 gitu. So, majikan suruh rehat.
Jd, hari ni hari sabtu. Lepas subuh, berwassap dengan kawan2. Customer to be yg tanya pasal Shaklee.
Then mandi and breakfast seadanya saja.
Sebelum makan nasi, selalu saya wajib habiskan segelas panjang air suam. Baik untuk jantung uolls.
Selepas tuh, berehat dlm 30 minit. Baru minum minuman manis & makan apa2 untuk alas perut. Kadang2 minum milo saja. Makan kuih apa2 sj yg mak beli dari kedai2 berhampiran. Wow dah mcm iklan haha
Lepas tuh berehat kejap. Kalau lapar saya makan awal. Tapi selalunya sy tunggu hingga lunch baru makan.
Masa cuti gini sy banyak mengemas apa2 yg patut.
Tapi, memandangkan saya tak sihat jd mak suruh rehat. Jadi harini sy mencuci kain. Alaa, guna mesin basuh jee.
Petangnya saya mandi, then sy berehat. Lepas isyak baru berhabis baca komik.
Fuyoohh!!
Sekarang jam 11:53pm, sy baru siap kemas bilik. Haha
Apa pun nanti sy update lg rutin2 sy.

P/s buat design sendiri minta jahit baju tuh. Tak tahu dapat atau tak..

P/s sabtu bulan lepas punya cerita. Haha

Tuesday, 2 December 2014

Poster SHAKLEE Indipendent Distributor

Assalamualaikum,

Bulan-bulan lalu yang agak sibuk tuh akhirnya berakhir. Sekarang ni, jd WAHM lagi.

WAHM. Apa tu?

Work At Home Mom. Dah jelas kan saya nih mommy kepada sepasang anak-anak riang. Hehee

Jadi, bulan lalu saya tak berapa nak aktif dalam Shaklee ni sebab macam-macam masalah kan. Bulan Disember ni jadi titik permulaan semula kepada saya.

So, saya harap saya akan dapat tumpukan perhatian kepada Shaklee ni semula.

Bukannya susah pun, cuma kena rajin la. Kena korbankan masa dan tenaga ja. Tenaga tu bila-bila boleh 'charge' balik. Masa tuh yang berharga nak kena urus betul-betul. Bukannya belanja duit ribu-ribu pun. Nama pun dropship kan.

Tapi terpulang pada individu yang berminat. Kalau ada modal beli terus pastu jual, kalau tak pun buat cam saya.

Okey la, kat bawah ada poster SID (Shaklee Indipendent Distributor) yang master Aya suruh buat tadi. Nak tolong up katanya.

Dapat subjek nak update blog pula, oke. Enjoyla kehijauan poster iolls k.

P/s demam pulak!

Saturday, 8 November 2014

Kuantiti dan kualiti makanan

Assalamualaikum,
Sy baru sj lps mkn epal hijau. Apa kejadah mkn epal hijau, badan dah kurus macam entah apa dah nak makan pula epal hijau. Tambah ramping kau joyah!

Sebelum hari saya pengsan tuh, sy sedar bila makan saja saya mesti makan sepinggan penuh nasi. Penuh disini saya maksudkan penuh sepenuh penuhnya. Sangat penuh menggunung, tambah lauk dan sayur lagi memang dah sangat penuh!

Tapi dengan sekali harung saja saya mampu habiskan. Yang buat kawan sekerja hairan bila mana saya nih tak pandai jugak membesar, tang tu jugak saiz. Masih saiz S. Sentiasa. Takut tuh muncul bila orang yg tinggi metabolisme macam saya nih makan apa pun tak besar nanti jd penyakit pulak kalau makan tak tengok apa yg dimakan.

Contoh macam protein makan berapa, karbohidrat pula camana, sayuran pulak camana, lemak camana lg. Memang menakutkan.

So sekarang, sy kurangkan makan makanan yg kurang menyihatkan. Yg sy lebihkan, makan buah, sayuran dan minum air putih. Sehari saya wajib menghabiskan 3 liter air putih sahaja. Tak termasuk air sirap merah atau jus oren. Ehem!

Kalau waktu malam saya biasa makan keropok atau manisan seperti kek dan kopi, saya gantikan pula dengan buah. Kalau tak pun, saya minum milo atau nestum. Kemudian sebelum tidur saya mesti habiskan segelas panjang air suam.

Bukanlah saya langsung tak minum minuman macam kopi tapi boleh dikira dengan jari berapa kali sy minum kopi dalam sebulan.

Oh, ya. Saya juga kurang memakan maggi atau apa2 jenis mi segera sekarang. Apa-apa jenis minuman 3 in 1 jugak saya hindari sebab saya tau minuman tuh tinggi kandungan gula. Minuman dalam tin, dalam kotak termasuk Soya sekalipun saya jauhi. Sebab benda alah ni lah saya rasa lain macam. Lembik semacam, lemau semacam. Haha

Apa pun, kuantiti makanan berkualiti saya lebihkan tapi kuantiti makanan tak berkualiti saya cuba untuk jadikan ia sifar.

P/s dah gentua (tua) gini kena jaga kesihatan.

Wednesday, 15 October 2014

Real Life

Assalamualaikum,
Sebenar benar benar yang benarnya, bila masa sakit tuh datang. Rasa sedih yg sudah terover, semangat pun hampir hilang.
Seriously. Sangat. Sakit.
Apa lg bila yg menyakiti tuh orang yg rapat dengan kita.
Selama beberapa bulan kebelakangan ini dan harap tamat saat nih jugak, rasa sakit tuh makin over pulak.
Perkataan "adoyaii" dan "huk aloh" pun dah hilang makna sekejap. Apa yg sy merepek nih??
Namun begitu daripada walaubagaimanapun..  (sekali lg merepek) serius sakit di hati ini.
Tak ingin rasanya jasadku menanggung penderitaan and kesakitan yg datang sekejap nih.
Aduii, kalau saya luahkan mati bapa tp bukan bapa sy and kalau disimpan, mati mak pulak. Harap maklum jugak bukan mak saya.
By the way, saya sakit sangat.
Sembelits, why you pick me???

P/s sakit hati yg xdiluah lg sakit daripada sembelit. Sebab nak luah camana pun dia tetap disitu.

P/s (lagi) tajuk dah macam menyimpang ke highway nun..

Tuesday, 14 October 2014

The rainbow

Assalamualaikum,
Yep. Rainbow yg kita duk tunggu lepas hari hujan tuh pun hampir muncul. Biasalah, kesenangan takkan datang dgn tiadanya kesusahan.
Jumaat nih pesta kobis, so. Sy dgn senang hatinya akan post pasal pesta kubis nih. Yg tajin tuh datang la k.

P/s rindu pulak nak melukis

Monday, 6 October 2014

Tak Dapat Tidur

Assalamualaikum,
     Sekarang jam dah tunjuk 3.25 am tepat2!!
     Saya masih xdapat tidur. Hohhh
     Nih semua kejadian rompakan melibatkan kematian tu la yg buat saya xdapat tidur. Huhuhu.. doakan kami selamat..
     Oke, gambar tak ada kena mengena dengan post haha