Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Monday 16 December 2013

Last Giveaway IN 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum,

 Last Giveaway By Ain Rahman Blogs

nak join klik banner

Join Giveaway lagi, apa salahnya join banyak2 kan? manatahu, tiba2 ada jugak yg sangkut.
hahaha.. oke, iklan tuh tiga2 saya sedang explore.
group tuh dah join tapi belum kena accept.
semua fanpage yg perlu di like, pun dah like..
blog2 tuh, pelan2 follow.
lagipun tarikh tutup pada 28 Disember 2013.

jadi.. saya join :)


Spek Besar

Assalamualaikum,



sekarang banyak orang pakai spek besar.
cun okee, oleh kerana itu saya lukis doodle2 nih.
inspired by Spek Besar. kah kah
spek edited using photoscape..
sebabnya?? tengok doodle pertama, spek tak balance.
sebelah besar, sebelah lagi kecil.

edited using Xiu Xiu Meitu.
doodle sama macam kat atas tapi bila edit guna xiu2 tambah cun pulak.
sila ketawa guling2
part bunga tuh menyesal tambah..
ignore sajalah.

p/s jom doodle trade :) malas melukis edit guna photoeditor

Giveaway Akhir Tahun 2013 Hotlips Corner

Assalamualaikum,

klik pada banner untuk join atau klik sini

Follow and join contest nih.
siapa tahu, ada diantara kita yang menang hadiah bernilai RM 700.
contest bermula dari 2 Disember 2013 hingga 10 Januari 2014.

senarai hadiah, klik sini

p/s asyik join contest. update blog doodle. its part of my life now.

Dress doodle

Assalamualaikum,

teringin nak jahit sendiri style baju nih..

Sketching time.

Silver or Grey night gown.

didoodle time mood tengah turun.. -,-

muka edit guna photoscape. dilukis secara mem**** buta (sigh)



doodle dilukis time sibuk.

p/s doodle hodoh. yang penting I tak copycat.


Sunday 15 December 2013

Segmen Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum,


Kali ni saya join segmen I Love My Blog. Oleh kerana terbuka, saya berbesar hati nak join. harap2 follower bertambah.
Kenapa saya sayang blog saya?? sebab saya cuma ada satu official blog selain private blog saya. sinilah tempat saya meluah, mengarut, menunjukkan sikit bakat terpendam rendam yang saya tahu.

p/s Smilee :)

Doodles and Happiness of Mine

Assalamualaikum,


anigif pertama selepas sekian lama.. -,-

cake tunggang terbalik yg diinspirasikan dari Cake Boss..

first cake saya lukis guna PTS, nampak pelik sikit..

Mood saya agak kureng kebelakangan nih. Perubahan hormon kot? dah nak tua kan.. saya agak suka menonton rancangan berasaskan kek nih. Mungkin, sifat2 wanita saya semakin terserlah?? dreaming

p/s do feel free to grab any of these.

Saturday 14 December 2013

kebaikan Whitening Body Soap DNARS

Assalamualaikum,
Tajuk kat atas sangat ehem2.

Actually, saya mempunyai kulit wajah yang okey. Masalahnya,minyak terover. Bak kata matsaleh, oily giteww.

Selain tu, okey. Jerawat tu masalah biasa tapi kulit saya hitam manis so Nampak kureng sikit bila cik J muncul pada saat2 saya sedang mengangkat bendera merah.
Lebam hitam bawah mata pun jelas sangat2. Sudah tentu sebab saya jarang cukup tidur, selain tu saya kurang minum air. Tapi kan, sejak saya menggunakan Whitening Body Soap DNARS, ketara sangat perubahan pada mata kasar saya sendiri. Tak tahulah kalau manusia lain tak perasan sebab saya nih jenis yg memerap kat rumah dan jarang mengexposekan diri sendiri di luar.

Whitening Body Soap DNARS ni ngam untuk ladies and gentleman giteww. Sebab apa kononnya??
Sebabnya, Whitening Body Soap DNARS ni sabun susu beras pertama yang mengandungi Collagen Powder. Tapi, ada jugak yang tidak ngam dengan sabun susu beras nih. Macam saya kalau setakat sabun susu beras biasa tu bila nak gunakan, muka saya gatal2. Kalau gatal2 bila dah pakai, tu maknanya kita tak ngam dengan sabun tu. Bila kita rasa pedih2 begitu barulah sabun tuh berkesan. Take note yerr.
Antara kebaikan Whitening Body Soap nih:

1)      Menghilangkan parut2 halus, parut demam campak atau chicken pox.
2)      Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam diketiak, siku, celah peha dan kawasan pelipatan.
3)      Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, kering dan gatal2.
4)      Memulih, melembap, mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang dan muda tanpa pengelupasan.
5)      Menghilangkan bau badan.
6)      Badan tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh.
7)      Sesuai digunakan untuk mereka yang menghadapi masalah kulit dan resdung.

Kesan sabun ni dapat dilihat dalam tempoh 1-2 minggu penggunaan, dah Nampak dah perubahan kat kulit iolls tapi tak nak tunjuklah Nanti muncul pula sifat ujub iolls. Lagi kebaikan sabun ni, ianya bebas daripada bahan kimia sebabnya sabun ni diformulasikan dari 100% bahan tradisional/asli. Tak ada bahan tiruan kay.
Tapi harga dia berbeza di setiap tempat ikut pada penjual jugak.

Macam kat barat Malaysia, dijual dengan harga RM 19.90 berbanding kat Timur Malaysia dijual dengan harga RM 21.90. Tak tahu lah kalau ada yang tambah caj sendiri hinggakan harga sabun tuh dia naikkan sewenang2nya. Macam kat tempat saya nih, saya beli dengan harga RM 21.90 hinggakan bila saya bagi RM 22, baki 10 sen tuh dia bagi kat saya.
Whitening Body Soap nih sebenarnya khas untuk badan tapi oleh sebab salesgirl tu cakap “boleh guna kat muka akak..” saya pun beli sabun badan tu saja sebab dia cakap boleh guna tang muka.

Ada lagi produk2 DNARS yang lain tapi saya tak guna sebab saya tak biasa menggunakan krim atau foundation. Kalau macam korang nak beli, silalah cari kat stokis2 berhampiran. Tak pun kat pasaraya berhampiran atau berjauhan merepek. Tak pun kat internet tapi pastikan, beli pada online shop yang dipercayai saja kay, untuk mengelakkan penipuan dan diri anda sendiri rugi.


p/s   Lawak pulak entry serius kali nih. Ngeh2

Saturday 7 December 2013

Bila Kita diuji + doodle yg belum siap di dodol

Assalamualaikum..

geram kan bila kita dalam keadaan yang okey macam mood yang very good giteww akan ada manusia2 yang berusaha membuat kesabaran kita meletup.

bayangkan bila kita yang tak tahu apa-apa dihentam oleh seseorang yang kerek gila siyess cute..

apa yang boleh diriku yang ganas dan baran ini buat jika ada orang cari pasal??

sabar sabar sabar dan sabar...

ambil wuduk, solat, berzikir, selawat..

kemudian jauhkan diri dari orang itu untuk sejam atau dua jam giteww..

alhamdulillah, i dah tak badmud dah.. hakhak ketawa macam comel jer.
doodle ngehehe kat atas tuh versi belum edit. i kan xterer lagi jadinya, utk menjimatkan masa.. bab eyelashes tuh, saya bubuh jer eyelashes edit aka fake lashes.

oleh kerana sy dlm mood yg bercampur baur, lips tuh pun sy glow guna photo editor sahajerrr,,

kalau nak, grab jer.. nak yg lagi cute, terjah jap nanti.. hohoho

p/s banyak doodle terrr delete. jadah kau nyahh..

Friday 6 December 2013

Setelah Sekian Lama xD

Assalamualaikum <3

waduii, dah lama tak update. dah lebih setaon dah. Actually bukan tak nak mengepost tapi oleh kerana hal-hal yg tidak dapat dielakkan wadehee..

banyak projek sebenarnya.. emmmm..

banyak jugak problemonya.. sadisss..

tapi, tapi, tapi.. i janji bahawasanya, i akan sekerap mungkin update post agar agar puding bisa ku tebus segala masa yang terbuang selama ini. ecehhh..

apa pun, hari nih mengepost sajalah gamaknyaa.. btw, doodle banyak lukis. nak grab??
wait for next entry.. smilee

p/s jom doodle trade. komen if nak trade.. :)