Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Friday 28 February 2014

Kesalahan atau disengajakan?

Assalamualaikum.

Pernah tengok iklan Osman Baku?
Tak taulah Osman Baku tuh Drama TV atau bukan tapi iklan dia cukup best.
Osman Baku nih adalah salah satu alternatif lain untuk kita memperbetulkan sebutan, penggunaan perkataan atau ayat, Bahasa dan sebagainya. skema sikit

saya tak pernah lagi menonton drama Osman Baku nih (kalau drama) sebab adik-adik dan anak-anak sentiasa menonton rancangan kartun.

bila mama dan bapa menguasai 'remote' channel tak lain tak bukan, kalau bukan cerita Hindustan, cerita jiwang karat, berubah sikit kat Discovery Channel.

bila suami ada sama, confirm cerita tembak-tembak, polis-polis, action atau Discovery Channel jadi pilihan.

cerita Korea akan mengambil alih skrin pula bila 'Angah' (adik lelaki) pulang bercuti. Gentleman Dignity atau sewaktu dengannya akan menjadi makanan mata dan mempengaruhi kisah hidupnya sendiri. Walaweh!

berbalik kepada Osman Baku, saya perasan satu peribahasa nih yang menjadi sebutan dalam hidup seharian sesetengah manusia.

BAGAI MELEPAS BATUK DITANGGA
-pemahaman saya, alaa batuk-batuk kat tangga pastu ada kahak ludah kat tanah. Gatal tekak pastu batuk lagi kat tangga.
-ibarat mengerjakan sebuah kerja dan kerja itu hanya separuh yang dilaksanakan. maksudnya tak habis kerja tuh dah duduk melangut kat tepi tangga main Candy Crush, duduk kat tepi perigi sambil ushar awek cute sebelah rumah dsbg. macam baik je guna dsbg. kahkah
-yang saya heran, macamana BATUK boleh dikaitkan dengan KERJA?

selepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
BAGAI MELEPAS BATOK DITANGGA
-pemahaman saya, aaa?? apa batok tuh? bukan batuk ke? Osman Baku dah tak terer eh?? nak kena lepuk kat Osman Baku. kahkah
-maksudnya samalah jugak macam kat atas. tapi apa batok ni? takkan orang dedulu panggil batuk ni batok? alangkah tak cutenya bila saya akan berkata 'saya terbatok darah'. rupanya BATOK nih sejenis alat penyukat beras dari tempurung kelapa (bukan kepala)  yang digunakan oleh orang zaman dahulu memasukkan beras kedalam tempayan atau bekasnya, tapi bila dah bosan melakukan kerja yang siapnya lambat sangat sebab nak gi dating cepat-cepat dengan Abu maka Siti pun meletakkan BATOK berkenaan dekat tangga. melambangkan, si dak siti tuh konon-konon buat kerja separuh jalan dan hangat-hangat taik ayam.

..lagi satu..

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, well pagar tuh kan letak kat keliling sawah pastu lembu langgar ramai-ramai dia jatuh kat atas padi tuh sebab alaa mana logik pagar makan padi?
-harapkan si bapak yang diharap melindungi anak perempuannya, dia pula yang 'pok silap' alias ambil kesempatan. macam nak karate je bapak makan anak nih, sama kes dengan haruan telan anak idup-idup. apa ke gila bernafsu kat anak sendiri.

lepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, pegar? apa tuh? lagilah tak sweet. 'bapak iolls buat PEGAR pancang'.
-maksudnya samalah macam kat atas tapi maksud PEGAR nih sebenarnya ialah sejenis burung yang seakan-akan ayam yang ditugaskan hekhek menjaga padi kat sawah. tapi, instead of si encik pegar jaga padi tuh, dia gi makan plak padi tuh. barulah make sense kan?? haha

jadi tertanya-tanya, bagaimana perkataan-perkataan nih berubah sebegitu jauh dari yang asal sebab maksudnya saja dah berbeza. cara sebutan hampir sama.

apapun, TQ Osman Baku. agak-agak kalau Osman Baku baca nih dia stress tak??

p/s berbelanjalah mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu semata. JAUHI HUTANG.

Sunday 9 February 2014

Jangan Bersedih

Assalamualaikum

Jangan bersedih. Allah sentiasa bersamamu. Allah sentiasa ada untukmu. Tak kira siapa anda, dimana anda berada, Allah sentiasa ada untukmu.

p/s saja je kot nak buat entry pendek-pendek sebab selalu buat entry panjang berjela-jela. By the way, jangan bersedih.

Handmade Friendship Bracelet



Assalamualaikum

Talking bout friendship. Okey, beberapa minggu yang lalu saya ada membeli benang kait, riben dan mix embelishment.

so, saya dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim sebab dah bertahun tak buat knitting nih mula mengait benang tuh.

unfortunately, dia tak jadi. Entah apa liatnya benang tu tak jadi macam yang saya inginkan.

Lepas tu dengan sedikit rasa geram sebab mensia-siakan ilmu yang dipelajari selama beberapa hari dari makcik saya merangkap kakak mak saya, saya buat cara lama.

saya kait silang dengan hanya menggunakan tangan dengan menggabungkan beberapa jenis warna dan VOILA! hasilnya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ini sudah selamat di packing. Adik perempuan saya yang belajar di darjah lima tunjukkan homemade bracelet saya pada kawan-kawan dia dan mereka siap order. harga sebenar RM 3.80 tapi setelah di ubahsuai sedikit supaya bebudak tuh tak payah bayar harga mahal maka saya jual dengan hanya 50 sen. baiknye kitee an an?? ^^

yang nih pun 50 sen. purple plus black.

sama. banyak lagi kaler lain yang saya belum sempat masukkan. Akan di upload bila ada kesenggangan.

Adik saya ada tanya, kakak kenapa nak bagi harga murah??

firstly, saya tak letak cangkuk gelang yang harganya 10 biji RM 7.50
secondly, Benang dia lembut.
third, takkan nak bagi harga mahal pada budak-budak.

p/s bisneswumen sejak kecil. :3



Saturday 8 February 2014

Throwback Moment

Assalamualaikum


Gila series panas hati bila hanya kau dan bestie kau yang ada sense of humour kat kelas.
betul-betul panas hati menggelegak bila bestie tak datang sekolah dan kau nak sangat ketawa bila ada something yang lawak berlaku.
tapi rasa gelihati, rasa nak ketawa tuh terus hilang bila bestie kau takda.
Annoying moment.

by the way, Emick la geng saya ketawa terbahak-bahak kat kelas bila momento tu tiba.

p/s 'roughly' ada kisah yang tersendiri dimana hanya saya dan Emick yang tahu.


Friday 7 February 2014

Recharge

Assalamualaikum

Sedikit motivasi pagi untuk kita.

Serius.
Selama saya hidup di dunia yang sementara nih, macam-macam dah saya lalui. Saya dah pernah dikejar anjing hingga selamat landing dalam parit. saya dah pernah diserang oleh monyet peliharaan sorang pakcik nih. saya dah pernah dirotan oleh arwah atuk sebelah mak kerana ke rumah kawan dari pagi membawak ke petang. Saya dah pernah gagal teruk kat sekolah hingga Ustazah yang mengajar Bahasa Arab mendenda saya dengan cara menyuruh saya berdiri hingga habis waktu bahasa Arab. Dah pernah dimalukan, dah pernah dipulau, dah pernah diejek dengan teruk, dah pernah dibuli hingga masuk hospital gara-gara trauma dan tak turun makan kat hostel. dah pernah sakit hati kerana bercinta hingga nak berak pun tak mampu (ambik kau! kahkah). dah pernah bergaduh dengan bestie sendiri hingga asyik menangis siang malam. apa lagi?? macam-macam lah.

paling saya tak boleh lupa bila nak ke sekolah duit tak ada. sedihnya bila melihat rakan-rakan makan sedap time rehat (jahat korang!)

tapi oleh kerana zaman persekolahan kami (batch 92 tahun 1999-2004 SK Kundasang Ranau) guru-gurunya sporting malah memberi semangat pada kitorang buat bisnes kat sekolah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

bisnes apa yang tak pernah iolls buat? say it. -..-

saya pernah bisnes jambu, bisnes buah kuning yang kami panggil LAKWAT, and my husband called it JAGUS. apapun namanya, buah tuh memang sedap. bisnes benang kait yang biasa orang kait jadi jaket tuh saya jadikan gelang. bisnes pelekat free dari chewing gum. kilang bagi free, weolls jual balik (ngehngeh). hebat kan iolls??

kahkah. alaa, tipulah budak-budak sezaman saya tak pernah buat benda-benda kat atas. paling tak pun, mandi sungai. tapi Kundasang mana ada sungai, adapun bukannya selamat sangat. jadi sungai kitorang transformed to Kolam je la. sekali saja saya pernah mandi kolam time budak-budak sebab teruk di rotan oleh mak yang memang ganas.

tapi budak-budak kan.

benda yang paling saya tak lupa. Bapa saya kerja kat Resort yang sekarang dah runtuh and renovate balik, Zen Garden. jadi, nak dijadikan cerita Lady Boss Resort tuh yang selesa dipanggil Mrs (entah apa2 je selesa dipanggil Mrs, jangan2 dia meluat tahap mangkuk tak.) panggil bapa saya dan memberikan komik-komik anaknya yang sudah dewasa time tuh. kebanyakan komiknya yang rare kat Malaysia nih. Archie Digest Magazine, Casper, Richie Rich, Betty and Veronica, sabrina the teenage witch, jughead.. dan macam-macam lagi yang kebanyakannya memang susah nak dapat kat Malaysia.

yang lain tuh macam komik Doraemon, Dragon Ball, Shin Chan, Slam Dunk, apa lagi tu aa. banyak lah, Dua kotak komik tuh dan kebanyakannya hangus dibakar oleh arwah atuk yang geram kerana result kat sekolah drop. yang tinggal hanya sedikit buah buku yang banyak diambil oleh kawan-kawan dan dijadikan hak milik sendiri hingga hampir tiap hari saya pergi minta pun tak dipedulikan, malah dia tipu lagi saya komik doraemon tuh kononnya kawan dia yang sekolah kat Pei Wen punya padahal nama Chong Jiun Feei tuh nama anak bos bapa saya. Penipu. I hate u. LOL.

pastuh, komik yang tinggal tuh terabai sebab saya masuk sekolah menengah dan pelajaran pun lebih mencabar. Akhirnya tiada satu pun komik tuh tinggal setelah dicuri oleh manusia-manusia spesis panjang tangan. Punah sudah angan-angan nak buat comics Library. kahkah

Well, biarpun begitu, walaupun sakit hati, frust menonggeng sebab komik tuh hilang begitu saja padahal komik-komik English tuhla yang banyak buat iolls terer BI (kahkahkah), tapi seriously saya belajar BI dari dua cara, adik-adik yang tak mampu nak ikut cara ahkak sewels nih jangan ikut yer, saya study BI dgn cara mendengar lagu-lagu BI dan membaca buku-buku English tak kiralah komik atau apa, yang penting menarik perhatian saya. hahaha

melalut pula entry kali nih. tak apalah. kehkeh

jadi, back to the point. ada isi jugaklah kata-kata I kat atas tuh. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hanya orang yang kenal saya sahaja sebenarnya yang tahu tentang saya. Lagipun Komik tuh boleh cari kat mana-mana, dan apa yang jadi semua jadikan pengalaman. yang buruk dibuang, yang jernih diambil. Dan Alhamdulillah, saya masih mampu menempuh cabaran yang Allah beri pada saya.

p/s Recharge semangat  :3

Girlfriends ^^



Assalamualaikum
Hari isnin lepas dalam minggu ni jugak, saya dan satu-satunya cousin paling sporting Fiddunya Wal Akhirat saya ke Klinik Kundasang Ranau. Kami kesana bukan seperti yang dirancang. Pada mulanya, kami hanya mahu ke Hospital Ranau. Tapi, oleh kerana tersilap percaturan -_-'' kami hanya ke Klinik Kundasang sahaja.


pemandangan awal pagi diluar kawasan rumah bapa iolls. Kampung sangat. sangat nostalgia..

me and my cuzzy Pipa. sportingnya yang amat! oh my awning...


sorry cuzzy, wajahmu tak kelihatan. tadi cakap berdua kan. well, on the way ke Pekan Kundasang adalah member sekampung yang bekerja di Pekan jalan sama dengan kami. Hanne Zanna Dya. Kami panggil Nadia. Family dia panggil Hanijana.

pemandangan Gunung Kinabalu di awal pagi, sebelum jam lapan pagi. masa tu, sejuknya hingga ke tulang!

oke, snap curi. in other words, candid. masa ni dia baru lepas breakfast. tapi oleh kerana kami dah membeli dan juga membelah makanan-makanan kecintaan hati, maka kami hanya minum sahaja di gerai sorang pakcik. Biarpun gerainya gerai kecik, tapi keadaannya bersih. malah layanannya tip top. taukenya pun peramah. double thumbs up pakcik.

Apa kejadahnya diriku mengkandid mulut Nadia ni?? Miang sungguh diriku -_-''

makanan yang disediakan kat meja gerai tu taklah buat iolls terliur, bukan chicken chop, bukan American Breakfast, jauh sekali Cheese cake tapi oleh kerana layanan pakcik yang peramah giler, kuih nih telah selamat dimakan oleh Pipa. Mungkin dah siap dihadam, atau telah selamat dibuang. ngeh ngeh


Emick, Gul dan Pipa. Alaa, pemastautin tetap Pekan Kundasang mesti kenal sangat dengan background nih. Gul dah tak menyempat nak bergambar, jadi dengan terhegeh-hegehnya iolls snap photo mereka walaupun kelihatan skema dan background yang lawak dan sadis :)

Pipah, me & Emick. caption nak berita harian sangat kan??? Nice :)
oke, lakonan semata-mata sehidung-hidung dan semulut-mulut. Gul atau nama sebenar Julizah kononnya buat-buat entah apa, entah petik bunga atau nak acah ikan mati dalam kolam tuh sambil teriak kat iolls suruh snap picture dia. jangan marah Gul.

Actually, manusia nilah orang yang paling aku rindu selain bestie aku kat Sarawak tuh Kea. Emick study kat Kelantan. tapi balik bercuti, jadi bila terserempak kat pekan sama-sama meroyan sebab dah lama tak jumpa. well, aku je kot yang meroyan gila sampai terlompat-lompat bila nampak Emick kat depan mata.

my bestie, my cousin. i love u both :)

So, rancangan rapi saya dan Pipa ke Pekan Ranau, bertukar secara tak sengaja ke Pekan Kundasang secara tak sengaja pulak terserempak dua ketul manusia yang jugak Super Spontan.

Kejap aku, kejap saya, kejap iolls. lantaklah, dah excited sangat kan.

Harapannya, bila korang dalam picture tuh baca blog saya nih, bila baca entry nih. jangan marah saya masukkan gambar comel korang tuh. hehehe

lagi satu, harap-harap persahabatan kita akan berkekalan hingga ke Jannah. I LOVE U ALL.

p/s  rumour H1N1 buat iolls ingat kat Family yang berada di perantauan. May Allah Bless them all.. AMIN.