Assalamualaikum
Hari isnin lepas dalam minggu ni jugak, saya dan satu-satunya cousin paling sporting Fiddunya Wal Akhirat saya ke Klinik Kundasang Ranau. Kami kesana bukan seperti yang dirancang. Pada mulanya, kami hanya mahu ke Hospital Ranau. Tapi, oleh kerana tersilap percaturan -_-'' kami hanya ke Klinik Kundasang sahaja.
pemandangan awal pagi diluar kawasan rumah bapa iolls. Kampung sangat. sangat nostalgia..
me and my cuzzy Pipa. sportingnya yang amat! oh my awning...
sorry cuzzy, wajahmu tak kelihatan. tadi cakap berdua kan. well, on the way ke Pekan Kundasang adalah member sekampung yang bekerja di Pekan jalan sama dengan kami. Hanne Zanna Dya. Kami panggil Nadia. Family dia panggil Hanijana.
pemandangan Gunung Kinabalu di awal pagi, sebelum jam lapan pagi. masa tu, sejuknya hingga ke tulang!
oke, snap curi. in other words, candid. masa ni dia baru lepas breakfast. tapi oleh kerana kami dah membeli dan juga membelah makanan-makanan kecintaan hati, maka kami hanya minum sahaja di gerai sorang pakcik. Biarpun gerainya gerai kecik, tapi keadaannya bersih. malah layanannya tip top. taukenya pun peramah. double thumbs up pakcik.
Apa kejadahnya diriku mengkandid mulut Nadia ni?? Miang sungguh diriku -_-''
makanan yang disediakan kat meja gerai tu taklah buat iolls terliur, bukan chicken chop, bukan American Breakfast, jauh sekali Cheese cake tapi oleh kerana layanan pakcik yang peramah giler, kuih nih telah selamat dimakan oleh Pipa. Mungkin dah siap dihadam, atau telah selamat dibuang. ngeh ngeh
Emick, Gul dan Pipa. Alaa, pemastautin tetap Pekan Kundasang mesti kenal sangat dengan background nih. Gul dah tak menyempat nak bergambar, jadi dengan terhegeh-hegehnya iolls snap photo mereka walaupun kelihatan skema dan background yang lawak dan sadis :)
Pipah, me & Emick. caption nak berita harian sangat kan??? Nice :)
oke, lakonan semata-mata sehidung-hidung dan semulut-mulut. Gul atau nama sebenar Julizah kononnya buat-buat entah apa, entah petik bunga atau nak acah ikan mati dalam kolam tuh sambil teriak kat iolls suruh snap picture dia. jangan marah Gul.
Actually, manusia nilah orang yang paling aku rindu selain bestie aku kat Sarawak tuh Kea. Emick study kat Kelantan. tapi balik bercuti, jadi bila terserempak kat pekan sama-sama meroyan sebab dah lama tak jumpa. well, aku je kot yang meroyan gila sampai terlompat-lompat bila nampak Emick kat depan mata.
my bestie, my cousin. i love u both :)
So, rancangan rapi saya dan Pipa ke Pekan Ranau, bertukar secara tak sengaja ke Pekan Kundasang secara tak sengaja pulak terserempak dua ketul manusia yang jugak Super Spontan.
Kejap aku, kejap saya, kejap iolls. lantaklah, dah excited sangat kan.
Harapannya, bila korang dalam picture tuh baca blog saya nih, bila baca entry nih. jangan marah saya masukkan gambar comel korang tuh. hehehe
lagi satu, harap-harap persahabatan kita akan berkekalan hingga ke Jannah. I LOVE U ALL.
p/s rumour H1N1 buat iolls ingat kat Family yang berada di perantauan. May Allah Bless them all.. AMIN.
No comments:
Post a Comment