Assalamualaikum
Sedikit motivasi pagi untuk kita.
Serius.
Selama saya hidup di dunia yang sementara nih, macam-macam dah saya lalui. Saya dah pernah dikejar anjing hingga selamat landing dalam parit. saya dah pernah diserang oleh monyet peliharaan sorang pakcik nih. saya dah pernah dirotan oleh arwah atuk sebelah mak kerana ke rumah kawan dari pagi membawak ke petang. Saya dah pernah gagal teruk kat sekolah hingga Ustazah yang mengajar Bahasa Arab mendenda saya dengan cara menyuruh saya berdiri hingga habis waktu bahasa Arab. Dah pernah dimalukan, dah pernah dipulau, dah pernah diejek dengan teruk, dah pernah dibuli hingga masuk hospital gara-gara trauma dan tak turun makan kat hostel. dah pernah sakit hati kerana bercinta hingga nak berak pun tak mampu (ambik kau! kahkah). dah pernah bergaduh dengan bestie sendiri hingga asyik menangis siang malam. apa lagi?? macam-macam lah.
paling saya tak boleh lupa bila nak ke sekolah duit tak ada. sedihnya bila melihat rakan-rakan makan sedap time rehat (jahat korang!)
tapi oleh kerana zaman persekolahan kami (batch 92 tahun 1999-2004 SK Kundasang Ranau) guru-gurunya sporting malah memberi semangat pada kitorang buat bisnes kat sekolah, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.
bisnes apa yang tak pernah iolls buat? say it. -..-
saya pernah bisnes jambu, bisnes buah kuning yang kami panggil LAKWAT, and my husband called it JAGUS. apapun namanya, buah tuh memang sedap. bisnes benang kait yang biasa orang kait jadi jaket tuh saya jadikan gelang. bisnes pelekat free dari chewing gum. kilang bagi free, weolls jual balik (ngehngeh). hebat kan iolls??
kahkah. alaa, tipulah budak-budak sezaman saya tak pernah buat benda-benda kat atas. paling tak pun, mandi sungai. tapi Kundasang mana ada sungai, adapun bukannya selamat sangat. jadi sungai kitorang transformed to Kolam je la. sekali saja saya pernah mandi kolam time budak-budak sebab teruk di rotan oleh mak yang memang ganas.
tapi budak-budak kan.
benda yang paling saya tak lupa. Bapa saya kerja kat Resort yang sekarang dah runtuh and renovate balik, Zen Garden. jadi, nak dijadikan cerita Lady Boss Resort tuh yang selesa dipanggil Mrs (entah apa2 je selesa dipanggil Mrs, jangan2 dia meluat tahap mangkuk tak.) panggil bapa saya dan memberikan komik-komik anaknya yang sudah dewasa time tuh. kebanyakan komiknya yang rare kat Malaysia nih. Archie Digest Magazine, Casper, Richie Rich, Betty and Veronica, sabrina the teenage witch, jughead.. dan macam-macam lagi yang kebanyakannya memang susah nak dapat kat Malaysia.
yang lain tuh macam komik Doraemon, Dragon Ball, Shin Chan, Slam Dunk, apa lagi tu aa. banyak lah, Dua kotak komik tuh dan kebanyakannya hangus dibakar oleh arwah atuk yang geram kerana result kat sekolah drop. yang tinggal hanya sedikit buah buku yang banyak diambil oleh kawan-kawan dan dijadikan hak milik sendiri hingga hampir tiap hari saya pergi minta pun tak dipedulikan, malah dia tipu lagi saya komik doraemon tuh kononnya kawan dia yang sekolah kat Pei Wen punya padahal nama Chong Jiun Feei tuh nama anak bos bapa saya. Penipu. I hate u. LOL.
pastuh, komik yang tinggal tuh terabai sebab saya masuk sekolah menengah dan pelajaran pun lebih mencabar. Akhirnya tiada satu pun komik tuh tinggal setelah dicuri oleh manusia-manusia spesis panjang tangan. Punah sudah angan-angan nak buat comics Library. kahkah
Well, biarpun begitu, walaupun sakit hati, frust menonggeng sebab komik tuh hilang begitu saja padahal komik-komik English tuhla yang banyak buat iolls terer BI (kahkahkah), tapi seriously saya belajar BI dari dua cara, adik-adik yang tak mampu nak ikut cara ahkak sewels nih jangan ikut yer, saya study BI dgn cara mendengar lagu-lagu BI dan membaca buku-buku English tak kiralah komik atau apa, yang penting menarik perhatian saya. hahaha
melalut pula entry kali nih. tak apalah. kehkeh
jadi, back to the point. ada isi jugaklah kata-kata I kat atas tuh. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Hanya orang yang kenal saya sahaja sebenarnya yang tahu tentang saya. Lagipun Komik tuh boleh cari kat mana-mana, dan apa yang jadi semua jadikan pengalaman. yang buruk dibuang, yang jernih diambil. Dan Alhamdulillah, saya masih mampu menempuh cabaran yang Allah beri pada saya.
p/s Recharge semangat :3
No comments:
Post a Comment