Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Saturday 8 November 2014

Kuantiti dan kualiti makanan

Assalamualaikum,
Sy baru sj lps mkn epal hijau. Apa kejadah mkn epal hijau, badan dah kurus macam entah apa dah nak makan pula epal hijau. Tambah ramping kau joyah!

Sebelum hari saya pengsan tuh, sy sedar bila makan saja saya mesti makan sepinggan penuh nasi. Penuh disini saya maksudkan penuh sepenuh penuhnya. Sangat penuh menggunung, tambah lauk dan sayur lagi memang dah sangat penuh!

Tapi dengan sekali harung saja saya mampu habiskan. Yang buat kawan sekerja hairan bila mana saya nih tak pandai jugak membesar, tang tu jugak saiz. Masih saiz S. Sentiasa. Takut tuh muncul bila orang yg tinggi metabolisme macam saya nih makan apa pun tak besar nanti jd penyakit pulak kalau makan tak tengok apa yg dimakan.

Contoh macam protein makan berapa, karbohidrat pula camana, sayuran pulak camana, lemak camana lg. Memang menakutkan.

So sekarang, sy kurangkan makan makanan yg kurang menyihatkan. Yg sy lebihkan, makan buah, sayuran dan minum air putih. Sehari saya wajib menghabiskan 3 liter air putih sahaja. Tak termasuk air sirap merah atau jus oren. Ehem!

Kalau waktu malam saya biasa makan keropok atau manisan seperti kek dan kopi, saya gantikan pula dengan buah. Kalau tak pun, saya minum milo atau nestum. Kemudian sebelum tidur saya mesti habiskan segelas panjang air suam.

Bukanlah saya langsung tak minum minuman macam kopi tapi boleh dikira dengan jari berapa kali sy minum kopi dalam sebulan.

Oh, ya. Saya juga kurang memakan maggi atau apa2 jenis mi segera sekarang. Apa-apa jenis minuman 3 in 1 jugak saya hindari sebab saya tau minuman tuh tinggi kandungan gula. Minuman dalam tin, dalam kotak termasuk Soya sekalipun saya jauhi. Sebab benda alah ni lah saya rasa lain macam. Lembik semacam, lemau semacam. Haha

Apa pun, kuantiti makanan berkualiti saya lebihkan tapi kuantiti makanan tak berkualiti saya cuba untuk jadikan ia sifar.

P/s dah gentua (tua) gini kena jaga kesihatan.

No comments:

Post a Comment