Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Thursday, 23 July 2015

Review ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee sarapan saya

Assalamualaikum,



ESP Shaklee nih minuman harian saya, sejak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Ranau bulan puasa lalu kerana gastrik, saya mula mengambil ESP Shaklee untuk minuman kesihatan saya setiap pagi dan malam.

Review saya sendiri pula, pada hari pertama minum ESP nih kepala saya pening. Bangun esok pagi pening dah hilang, tapi badan lemau semacam.

Hari kedua minum ESP perut dah tak sakit, tapi rasa lapar tuh membuak2 gitu. 😂

Minum lagi ESP waktu malam, oleh kerana semangat nak gastrik tuh hilang sangat tinggi menggunung saya minum dua kali sehari, waktu sahur dan sebelum minum.

Hari ketiga minum ESP, saya mual. Tapi tak muntah, buang angin pun macam tak lepas. Memang sengsara sangat sebab angin dalam perut tak keluar.

Hari keempat, masa nih lah sendawa tak habis2. Dari pagi membawa ke petang asyik sendawa.

Hari kelima, lawas pula sistem pembuangan iolls. Hikhik. Lepas tuh barula angin kat perut nih keluar. Rasa ringan perut nih. Selesa je.

Mula hari keenam badan rasa bertenaga.

Hari ketujuh saya maintain minum dua kali ESP nih.

Hari kelapan baru saya minum setiap pagi sahaja.

Ps wait for skin review for ESP ♥♡

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment