Dah jenguk tuh rajin2 la KLIK.. ^^

Friday 28 February 2014

Kesalahan atau disengajakan?

Assalamualaikum.

Pernah tengok iklan Osman Baku?
Tak taulah Osman Baku tuh Drama TV atau bukan tapi iklan dia cukup best.
Osman Baku nih adalah salah satu alternatif lain untuk kita memperbetulkan sebutan, penggunaan perkataan atau ayat, Bahasa dan sebagainya. skema sikit

saya tak pernah lagi menonton drama Osman Baku nih (kalau drama) sebab adik-adik dan anak-anak sentiasa menonton rancangan kartun.

bila mama dan bapa menguasai 'remote' channel tak lain tak bukan, kalau bukan cerita Hindustan, cerita jiwang karat, berubah sikit kat Discovery Channel.

bila suami ada sama, confirm cerita tembak-tembak, polis-polis, action atau Discovery Channel jadi pilihan.

cerita Korea akan mengambil alih skrin pula bila 'Angah' (adik lelaki) pulang bercuti. Gentleman Dignity atau sewaktu dengannya akan menjadi makanan mata dan mempengaruhi kisah hidupnya sendiri. Walaweh!

berbalik kepada Osman Baku, saya perasan satu peribahasa nih yang menjadi sebutan dalam hidup seharian sesetengah manusia.

BAGAI MELEPAS BATUK DITANGGA
-pemahaman saya, alaa batuk-batuk kat tangga pastu ada kahak ludah kat tanah. Gatal tekak pastu batuk lagi kat tangga.
-ibarat mengerjakan sebuah kerja dan kerja itu hanya separuh yang dilaksanakan. maksudnya tak habis kerja tuh dah duduk melangut kat tepi tangga main Candy Crush, duduk kat tepi perigi sambil ushar awek cute sebelah rumah dsbg. macam baik je guna dsbg. kahkah
-yang saya heran, macamana BATUK boleh dikaitkan dengan KERJA?

selepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
BAGAI MELEPAS BATOK DITANGGA
-pemahaman saya, aaa?? apa batok tuh? bukan batuk ke? Osman Baku dah tak terer eh?? nak kena lepuk kat Osman Baku. kahkah
-maksudnya samalah jugak macam kat atas. tapi apa batok ni? takkan orang dedulu panggil batuk ni batok? alangkah tak cutenya bila saya akan berkata 'saya terbatok darah'. rupanya BATOK nih sejenis alat penyukat beras dari tempurung kelapa (bukan kepala)  yang digunakan oleh orang zaman dahulu memasukkan beras kedalam tempayan atau bekasnya, tapi bila dah bosan melakukan kerja yang siapnya lambat sangat sebab nak gi dating cepat-cepat dengan Abu maka Siti pun meletakkan BATOK berkenaan dekat tangga. melambangkan, si dak siti tuh konon-konon buat kerja separuh jalan dan hangat-hangat taik ayam.

..lagi satu..

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, well pagar tuh kan letak kat keliling sawah pastu lembu langgar ramai-ramai dia jatuh kat atas padi tuh sebab alaa mana logik pagar makan padi?
-harapkan si bapak yang diharap melindungi anak perempuannya, dia pula yang 'pok silap' alias ambil kesempatan. macam nak karate je bapak makan anak nih, sama kes dengan haruan telan anak idup-idup. apa ke gila bernafsu kat anak sendiri.

lepas ter'tengok' iklan Osman Baku..
HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
-pemahaman saya, pegar? apa tuh? lagilah tak sweet. 'bapak iolls buat PEGAR pancang'.
-maksudnya samalah macam kat atas tapi maksud PEGAR nih sebenarnya ialah sejenis burung yang seakan-akan ayam yang ditugaskan hekhek menjaga padi kat sawah. tapi, instead of si encik pegar jaga padi tuh, dia gi makan plak padi tuh. barulah make sense kan?? haha

jadi tertanya-tanya, bagaimana perkataan-perkataan nih berubah sebegitu jauh dari yang asal sebab maksudnya saja dah berbeza. cara sebutan hampir sama.

apapun, TQ Osman Baku. agak-agak kalau Osman Baku baca nih dia stress tak??

p/s berbelanjalah mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu semata. JAUHI HUTANG.

1 comment:

  1. hahahaha...plis la Osman Baku baca entri ni...terrbaikk

    ReplyDelete